awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan lemas ketika cari ketam dan umpun-umpun

Bernama
Bernama
24/11/2024
12:00 MYT
Nelayan lemas ketika cari ketam dan umpun-umpun
Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang semalam. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang dekat sini semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian orang jatuh sungai pada 10.49 pagi.
Beliau berkata susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah digerakkan ke lokasi.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dipercayai terjatuh dari sampan dan ditemukan pada jarak lima ke 10 meter (dari tebing) kira-kira 1 tengah hari tadi.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai seorang diri di atas sampan dan sedang mencari ketam serta umpun-umpun. Mayat telah dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#ditemukan lemas
#cari ketam
#Jeti Pengkalan Sayang Disayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan