awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan terselamat bot pukat bilis terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/04/2022
15:27 MYT
Nelayan terselamat bot pukat bilis terbakar
Seramai 24 awak-awak termasuk seorang tekong terselamat dalam kejadian bot pukat bilis terbakar berhampiran Pulau Buyong, Langkawi. - Foto ihsan polis
LANGKAWI: Seramai 24 awak-awak termasuk seorang tekong terselamat dalam kejadian bot pukat bilis terbakar berhampiran Pulau Buyong, Langkawi, malam ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.30 malam.
“Pusat Pemerintah Markas Operasi (PPMO) Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi menerima laporan kejadian kebakaran bot bilis.
“Pasukan Polis Marin telah memaklumkan kejadian kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Langkawi,” katanya menerusi satu kenyataan.
Shariman berkata api berjaya dipadamkan oleh bot nelayan lain yang berada berhampiran.
Kesemua awak-awak dan tekong bot membantu memindahkan mangsa ke dalam bot nelayan.
Tambahnya, kesemua mangsa dibawa balik ke Jeti Pangkalan Polis Marin Bukit Malut oleh bot Polis Marin.
Bagaimanapun, katanya tiada mangsa yang cedera dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bot pukat
#terbakar
#Pulau Buyong
#Langkawi
#Polis Daerah Langkawi
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan