awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan warga emas mula ambil dadah sejak 18 tahun ditahan polis di tengah laut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/07/2020
08:46 MYT
Nelayan warga emas mula ambil dadah sejak 18 tahun ditahan polis di tengah laut
Sebahagian daripada 80 nelayan yang ditahan di tengah laut dalam operasi membanteras gejala penagihan dadah dalam kalangan nelayan. - Gambar Astro AWANI
Datuk kepada dua cucu yang berusia 62 tahun merupakan antara 80 nelayan yang tidak sempat melarikan diri ketika polis melakukan serbuan di tengah laut pada awal pagi Isnin.
Dikenali sebagai Pak Ndak, warga emas berkenaan mengakui, dia adalah penagih tegar dadah jenis heroin sejak usianya 18 tahun lagi.
Selama 44 tahun, ketagihan itu katanya, sukar untuk dihentikan sekalipun dia sudah tiga kali keluar masuk lokap.
Kata Pak Ndak, tujuan utama dia mengambil dadah adalah untuk menghilangkan rasa tekanan ketika berada di tengah laut.
Menurut Pak Ndak, tabiat pengambilan dadah itu juga membantu memberikan tenaga kepadanya apabila keluar menangkap ikan.
“(Dadah) membantu juga kalau tidak sihat, saya mula hisap (dadah) masa muda lagi,” katanya kepada Astro AWANI yang turut menyertai operasi berkenaan.
Pak Ndak berkata, memandangkan kelazimannya dia berada di laut selama tiga atau empat hari menyebabkan dia mengambil dadah untuk memberi tenaga bepanjangan.
Jelas Pak Ndak, dia memperoleh bekalan dadah daripada tokan di Kuala Kedah dengan harga RM50 satu pek.
Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, ketika serbuah dilakukan, sebahagian besar nelayan yang baru hendak keluar untuk menangkap ikan tidak sempat melarikan diri.
Menurut beliau, dalam serbuan yang diadakan sekitar pukul 8 pagi itu, kebanyakan nelayan yang juga penagih dadah gagal meloloskan diri apabila bot mereka dihampiri untuk pemeriksaan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Hasil serbuah itu, katanya, seramai 80 orang nelayan yang juga penagih ditahan.
Katanya, ‘Ops Rintis’ ini dilakukan untuk pembersihan golongan nelayan ini daripada gejala penagihan dadah terutama di kawasan Kuala Kedah.
Beliau berkata, operasi disertai seramai dua pegawai dan 16 anggota dari BSJND, 13 anggota dan pegawai dari Polis Marin Wilayah Utara dan 15 anggota dari balai polis berhampiran dilakukan secara besar-besaran untuk membanteras gejala penagihan dadah yang dilaporkan semakin membimbangkan dalam kalangan nelayan.
Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952.
Selain itu katanya, bagi mereka yang memiliki pula, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952.
Topic Berkaitan
#heroin
#nelayan
#Pak Ndak
#penagih dadah
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan