awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek dipukul hingga mati, ibu dibelasah

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2013
03:15 MYT
Nenek dipukul hingga mati, ibu dibelasah
Hari ibu tahun ini tidak bermakna buat sebuah keluarga dari Kampung Pasir Pekan Hilir, apabila nenek berusia 84 tahun mati dipukul cucu kandungnya sendiri.
Suspek seorang lelaki yang kurang siuman turut memukul ibunya yang berusia 61 tahun sekitar jam 7 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharuddin Rasip, susulan kejadian itu pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di rumah berkenaan.
“Di mana satu lelaki berumur 35 tahun telah mengamuk di rumah dan memukul nenek dan ibu beliau dan dalam kejadian tersebut nenek suspek telah meninggal dunia dan ibu sespek telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Suspek dipercayai kurang siuman dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Rambutan dan Wad Gila Kota Bharu,” kata Zaharuddin kepada pemberita,
Katanya mangsa yang maut dikenali sebagai Che Minah Che Hassan, 84 dan yang cedera dikenali sebagai Che Rahman Che Will, 61 tahun.
Che Minah yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan telinga dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, cedera di dahi dan kini dirawat di Hospital Tumpat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#belasah
#bunuh
#Hari Ibu
#ibu
#nenek
#pukul
#Supt Zaharuddin Rasip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan