RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri, kata petugas perubatan yang merawatnya pada Khamis, lapor Xinhua.
Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu.
Beliau dijangka menjalani proses pemulihan selama enam bulan.
"Pembedahan itu berjaya. Beliau akan kekal di hospital selama 24 atau 48 jam lagi bergantung kepada perkembangan kesihatannya," kata doktor kepada pasukan Brazil Rodrigo Lasmar dalam satu kenyataan ringkas.
Lasmar berkata bahawa "langkah seterusnya adalah pemulihan dan fisioterapi".
Pakar berpendapat bahawa Neymar perlu direhatkan sehingga lapan bulan sebelum pulih sepenuhnya, bermakna beliau mungkin terlepas Copa America yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun dan Julai depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Neymar mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu. - Gambar/ Reuters
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Masihkah ada dendam antara Neymar dan jurulatih baru Brazil?
Dorival Junior menggantikan Fernando Diniz yang menjadi pengurus interim sejak Julai 2023.
Neymar semakin pulih
Neymar semakin pulih selepas menjalani pembedahan lutut akibat kecederaan yang dialami semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay bulan lalu.
Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.
Debut Neymar saksi Al-Hilal baham habis Al-Riyadh
Bekas peledak kelab Ligue 1 Perancis PSG itu dimasukkan minit ke-64 menggantikan rakan senegara dari Brazil, Michael.
Neymar pintas rekod jaringan Pele
NEYMAR memecahkan rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas meledak dua gol dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada awal pagi Sabtu.
Pasangan Neymar, Bruna Biancardi tiba di Arab Saudi
Biancardi tiba di Riyadh bagi memberi sokongan kepada Neymar yang kini rasmi sebagai pemain kelab Al-Hilal.
Al Hilal rai Neymar penuh meriah
Neymar disambut penuh meriah oleh ribuan peminat Al-Hilal selepas menjadi pemain kelab dunia terbaharu menyertai Liga Pro Saudi.
Riyadh gamit Neymar
Menurut L'Equipe, kontrak tersebut membolehkan pemain berusia 31 tahun itu menerima 160 juta euro dengan gaji 2.5 juta pound seminggu.
Liga Pro Saudi gamit Neymar
Penyerang berusia 31 tahun tidak bermain ketika perlawanan pembukaan PSG menentang Football Club Lorient Bretagne Sud di Parc des Princes.