Nga Kor Ming mohon maaf atas kenyataan terhadap wartawan

Timbalan Pengerusi DAP itu juga memberitahu beliau menghormati kebebasan media serta hak kebebasan bersuara.
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming hari ini memohon maaf atas kenyataannya terhadap seorang wartawan semasa sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memohon maaf atas kenyataannya terhadap seorang wartawan semasa sidang media baru-baru ini, dan menarik balik kenyataan tersebut jika ada yang tersinggung.
- Nga menegaskan komitmennya terhadap kebebasan media dan menghargai peranan media dalam menyampaikan inisiatif kementeriannya kepada rakyat.
- Beliau menjelaskan bahawa kenyataan yang menimbulkan kontroversi itu berlaku semasa program pencahayaan Bukit Bintang dan menerima segala teguran dengan hati terbuka agar tumpuan dapat diberikan kepada usaha memartabatkan negara.
Pada Khamis, Nga menerima kritikan meluas daripada masyarakat dan persatuan media susulan kenyataannya yang dilihat sebagai cubaan mengugut seorang wartawan ketika sesi prapelancaran projek “I Lite U” sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Nga menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, berkata beliau sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan berlaku dalam kejadian itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sokongan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan inisiatif KPKT kepada rakyat seperti yang berlangsung selama ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


