Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, gerakan menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk bukan dilakukan mana-mana individu dalam Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya timbalan perdana menteri berkata, usaha berkenaan dilakukan kumpulan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang didalangi sebuah parti pembangkang.
"Saya ingin jelaskan bukan ada usaha (jatuhkannya) dari dalaman, apatah lagi usaha dari parti-parti komponen BN. Memang menjadi tugas kepada parti-parti pembangkang untuk cuba menjatuhkan mana-mana calon BN itu memang umum.
"Namun, di Bagan Datuk mereka menggunakan NGO dan beberapa kumpulan untuk memastikan saya tidak mendapat sokongan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penganugerahan dan Pemakaian Pangkat Kehormat RELA kepada Ahli-Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
BACA: Zahid dedahkan ada gerakan jatuhkan beliau pada PRU14
BACA: 'Cybertrooper' UMNO perlu belajar dari Trump - TPM Zahid
Jelasnya, pendedahan mengenai gerakan itu sebelum ini dibuat beliau semasa menyampaikan ucapan di hadapan ahli parti komponen BN bagi memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati dan sentiasa bersiap-sedia.
"Walaupun itu (pendedahan) dalam majlis, saya memberitahu (perkara itu) bersama-sama komponen dalam BN.
"Maksudnya, saya mengingatkan komponen parti BN, bahawa usaha (menjatuhkan saya) datang dari luar dan kita harus mempertahankan diri dan bersiap siaga dalam menghadapi apa sahaja serangan pihak pembangkang yang menggunakan organisasi dan individu tempatan untuk merobek segala sokongan yang diberikan kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan calon-calon BN yang akan bertanding di kerusi DUN dan parlimen di Bagan Datuk," jelasnya.
Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala'.
Rahimah Abdullah
Fri Jan 27 2017
Ahmad Zahid menegaskan, gerakan menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk bukan dilakukan mana-mana individu dalam BN.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.