awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO rayu kerajaan bantu selamatkan Ampang Park

Bernama
Bernama
06/04/2017
10:12 MYT
NGO rayu kerajaan bantu selamatkan Ampang Park
Survival kompleks beli-belah Ampang Park ini diancam pelan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan 2 dari Sungai Buloh ke Putrajaya.
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) merayu campur tangan kerajaan untuk menyelamatkan kompleks beli-belah Ampang Park daripada diroboh.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah yang mendakwa mewakili 139 daripada 253 pemilik strata kompleks itu berkata hanya perdana menteri yang dapat membantu untuk menarik balik penguatkuasaan Akta Pengambilan Tanah terhadap kompleks berkenaan.
Perobohan kompleks itu adalah untuk memberi laluan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan 2 dari Sungai Buloh ke Putrajaya.
Katanya adalah tidak wajar Ampang Park dirobohkan semata-mata untuk membina laluan pejalan kaki MRT yang hanya mengambil sebahagian kecil kawasan di tapak itu.
"MRT beri maklum balas kepada kami bahawa kuasa mutlak (perobohan Ampang Park) terletak pada perdana menteri.
"Kami tidak membantah pembinaan MRT, tapi kami membantah perobohan Ampang Park itu, dan kami yakin perdana menteri akan membantu kami," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum di Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, di Menara DBKL, di sini hari ini.
Mohd Ridzuan berkata memorandum itu mengandungi lebih 12,000 tanda tangan pengundi kawasan Parlimen Titiwangsa yang menolak perancangan merobohkan Ampang Park.
Pertubuhan itu turut meminta Tengku Adnan dan Menteri Kewangan Kedua merangkap Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani untuk turut campur tangan dalam dalam menyelesaikan isu itu.
Katanya kompleks itu telah beroperasi lebih 40 tahun dan juga merupakan pusat beli-belah pertama di ibu negara yang wajar dipertahankan.
"Kami akan cari pelbagai kaedah untuk menyelamatkan Ampang Park, kami akan tetap protes perobohan pusat beli-belah itu," katanya.
Mohd Ridzuan turut mendakwa terdapat unsur rasuah berhubung perobohan Ampang Park dan beliau akan menyerahkan segala bukti dan maklumat mengenai perkara itu kepada perdana menteri dalam bulan ini.
Sehingga kini, katanya, beliau serta sebahagian besar pemilik strata tidak dimaklumkan tarikh perobohan Ampang Park.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang Park
#Bumiputera
#DBKL
#ikhlas
#MRT
#NGO
#peniaga
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan