PARIT BUNTAR: Seorang pengawal peribadi ditahan akibat terlepas tembakan ke arah seorang penjaga kambing hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian perut dalam satu kejadian di tepi sungai Jalan Swee Lee, Kuala Kurau di sini pada Isnin.
Kejadian sekitar jam 6.30 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 33 tahun terbabit sedang minum bersama mangsa berusia 23 tahun dan dua lagi rakan mereka masing-masing bekerja sebagai pemilik syarikat lori berusia 37 tahun dan penjaga stor berusia 48 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, pengawal peribadi yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Kuala Lumpur itu bertemu dengan tiga sahabatnya untuk upacara sembahyang kematian seorang rakan mereka.
Bagaimanapun menurutnya, dalam pertemuan itu, lelaki terbabit bertindak mengeluarkan pistol miliknya jenis CZ 75 dengan niat hendak menunjuk-nunjuk kepada mereka.
"Awalnya lelaki itu telah mengeluarkan kelopak pistol terbabit tanpa menyedari masih terdapat sebutir peluru di dalam chamber.
"Dia kemudiannya menarik picu pistol menyebabkannya meletup dan terkena mangsa yang berdiri di hadapannya pada jarak lebih kurang satu meter.
"Mangsa yang berdarah akibat luka di bahagian kiri perut telah menerima rawatan awal di Hospital Parit Buntar dan dilaporkan stabil," katanya.
Beliau berkata, polis mendapat maklumat kejadian itu selepas dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital terbabit akibat terkena tembakan.
Menurutnya, bagi menyembunyikan kes terbabit, pengawal peribadi itu telah melepaskan satu tembakan ke dalam beg sandang miliknya dengan niat hendak mereka cerita kononnya pistol tersebut meletup dengan sendirinya dalam beg.
"Polis telah merampas senjata iaitu sepucuk pistol bersama kelopak berisi lapan peluru jenis 9mm, sarung pistol dan sebutir kelonsong tertera tulisan 9mm daripada lelaki terbabit.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960," katanya.
Artikal asal disiarkan di portal Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Apr 20 2021
Lelaki terbabit bertindak mengeluarkan pistol miliknya jenis CZ 75 dengan niat hendak menunjuk-nunjuk. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
Mahkamah tetapkan 28 Ogos untuk serahan dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan dokumen laporan perubatan, kimia dan forensik belum diserahkan kepada pasukan pembelaan.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.
Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari
Perintah sambung reman yang berkuat kuasa esok hingga 27 April itu, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara
Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur, Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang.
Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi jalani pembedahan
Pengawal peribadi yang ditembak dalam kejadian di KLIA Terminal 1, Muhammad Nur Hadith Zaini, 37, menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.