awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol mara ke suku akhir Terbuka Wadi Degla

Bernama
Bernama
31/10/2016
15:35 MYT
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Wadi Degla
Nicol hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan pemain Denmark Line Hansen 11-5, 11-3, 11-8.
Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David bermula cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka Wadi Degla yang berlangsung di Kelab Wadi Degla di Mesir pada Isnin.
Pemain nombor tiga dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan, hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan pemain Denmark Line Hansen 11-5, 11-3, 11-8 pada perlawanan pusingan pembukaan, demikian menurut laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.
Nicol akan berdepan pilihan kelima, Nour El Tayeb dalam aksi suku akhir pada Selasa, selepas pemain Mesir itu menumpaskan rakan sepasukannya, Heba El Torky 11-4, 11-7, 7-11, 11-5 pada satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Juara kebangsaan yang juga pilihan keenam, Delia Arnold, bagaimanapun tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas mengejut kepada pemenang pusingan kelayakan dari Wales, Tesni Evans 6-11, 6-11, 11-8, 8-11 pada aksi pusingan pembukaan.
Evans akan menentang pemenang pusingan kelayakan, Salma Hany Ibrahim dari Mesir dalam aksi suku akhir pada Rabu, selepas beliau mengejutkan pilihan keempat yang juga rakan sepasukannya, Omneya Abdel Kawy 11-7, 11-3, 11-9.
Berdasarkan format kejohanan, pemenang pusingan pertama akan mara terus ke suku akhir. - Bernama
Topic Berkaitan
#Mesir
#Nicol David
#Ratu Skuasy
#suku akhir
#Terbuka Wadi Degla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan