awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Abduh akan bawa keluarga sertai Himpunan 812

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2018
23:35 MYT
Nik Abduh akan bawa keluarga sertai Himpunan 812
Nik Abduh berharap perserta berhimpun dengan aman, bertanggungjawab dan berniat ikhlas. - Gambar fail
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan membawa keluarga untuk menyertai Himpunan Kesyukuran Menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Dalam posting terbaru di Facebooknya, Ahli Parlimen Bachok itu berharap peserta berhimpun dengan aman dan bertanggungjawab.
"Berhimpunlah dengan penuh aman, tanggung jawab dan sedar. Binalah niat yang ikhlas kepada-Nya.
"Keikhlasan-lah sebuah perlumbaan yang paling benar di bumi ini. Ia menyucikan diri dan meluruskan jalan menuju hari pembalasan yang pasti.
"Selamat berhimpun. Saya seisi keluarga menyertai anda insya Allah.," katanya.
Himpunan ini pada awalnya dianjurkan pihak-pihak yang menentang ICERD dan menolak usaha meratifikasikannya.
Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD.
Penganjur bagaimanapun tetap meneruskannya dengan menukarkannya kepada Himpunan Kesyukuran Penolakan ICERD.
Pada Jumaat, Dr Mahathir dalam satu video ringkas berharap penganjur bekerjasama dan membantu polis serta pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#Dr Mahathir Mohamad
#Himpunan 812
#ICERD
#Malaysia
#meraikan demokrasi
#Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan