NATIONAL
Nik Nazmi ingatkan masyarakat agar tapir tak senasib badak sumbu

Nik Nazmi 'berinteraksi' dengna tapir semasa melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) sempena sambutan Hari Tapir Sedunia di Hulu Selangor, hari ini. - Foto NRES/Hazrol Zainal
HULU SELANGOR: Kehilangan badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia merupakan tanda amaran agar masyarakat lebih peka dengan nasib Tapir Malaya.
Ringkasan AI
- Kehilangan badak sumbu Sumatera terakhir menjadi peringatan terhadap ancaman kepupusan Tapir Malaya jika tiada komitmen jelas dalam usaha konservasi.
- Selangor memperuntukkan RM1.6 juta melalui insentif kewangan untuk konservasi biodiversiti dan hutan bagi melindungi spesies tapir.
- Sebanyak 112 ekor Tapir Malaya maut akibat kemalangan jalan raya sejak 2020, dan spesies ini tersenarai sebagai terancam dalam Senarai Merah IUCN.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta daripada peruntukan di bawah insentif kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Selangor bagi tujuan konservasi tapir.
“Usaha untuk melindungi spesies tapir memerlukan pendekatan bersepadu dan komitmen padu pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, badan korporat, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya lagi.
Nik Nazmi berkata demikian semasa berucap ketika melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) Sungai Dusun sempena sambutan Hari Tapir Sedunia di sini, hari ini.
Untuk rekod, badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, bernama Iman, mati pada 23 November 2019 akibat kanser dan komplikasi kesihatan di Sabah.
Tapir Malaya atau nama saintifiknya Tapirus Indicus adalah salah satu spesies ikonik Malaysia yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Sebanyak 112 ekor Tapir Malaya telah terbunuh akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya dari tahun 2020 hingga 2024.
Ia turut disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN dan Senarai Merah Mamalia untuk Semenanjung Malaysia 2017.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami