Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan tersenarai dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali.
Sumber dalaman PKR memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco kerajaan Selangor atas kapasitinya sebagai Ketua AMK.
Sementara Naib Presiden PKR, Nuruk Izzah Anwar pula mahu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dikekal sebagai exco kerajaan Selangor.
"Azmin dijangka akan menerima cadangan yang dikemukan oleh Anwar yang mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco atas kapasiti sebagai ketua AMK.
"Tetapi beliau (Azmin) tidak akan memilih Elizabeth sebaliknya akan melantik Adun Rawang, Gan Gan Pei Nei sebagai pengganti," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Selain Nik Nazmi, nama Adun Taman Medan Haniza talha disebut-sebut akan mengisi jawatan exco menggantikan Rodziah Ismail makanala Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi akan dikekalkan.
Bagi jawatan exco mewakili kaum India, ramai yang menjangkakan Azmin akan melantik Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar tetapi tidak mustahil Adun DAP akan mengisi jawatan tersebut.
Ini kerana, Azmin mahu memberi peluang kepada DAP untuk menamakan calon exco mewakili kaum India dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
"Adun Kota Alam Shah, V. Ganabathirau berkemungkinan akan dipilih menjadi exco mewakili kaum India biarpun Xavier dikatakan orang kuat Azmin," kata sumber itu lagi.
Dua penyokong setia Azmin, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) tidak ada dalam senarai exco.
"Mungkin mereka akan diberikan jawatan lain," kata sumber itu lagi.
Menyentuh mengenai exco-exco dari PAS dan DAP, Azmin dikatakan akan menyerahkan sepenuhnya kepada parti tersebut untuk menamakan exco mereka.
Dijangkakan empat exco PAS sedia ada akan dikekalkan biarpun ada ura-ura DAP dan PKR mahu jumlah exco PAS dikurangkan.
Astro Awani
Wed Sep 24 2014
Nik Nazmi mungkin dalam senarai exco baru Kerajaan Selangor - Sumber
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.