Nilai kebolehjangkitan atau Rt di Sabah meningkat dengan pertambahan kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut adalah lima tumpuan utama sidang media disampaikan beliau.

1) Sebanyak 23 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di seluruh negara, dengan 13 jangkitan tempatan dan 10 kes import.

2) Sebanyak lapan kes positif dikesan daripada kluster baharu di Kunak Sabah, iaitu Kluster Pulau melibatkan kes indeks kluster (kes ke-9,940) iaitu seorang wanita berusia 68 tahun.


3) Lebih 28,000 penduduk di PKPD secara Pentadbiran (TEMCO) Kota Setar dan Amanjaya telah disaring setakat ini.

4) Empat lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD) di Tawau, Sabah.

5) Nilai Rt di negeri Sabah lebih tinggi daripada negeri Kedah iaitu nilai 3.72 berbanding 2.63