awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nisbah jangkitan tinggi, kes harian di Kelantan boleh cecah 1,000 mulai Jun - Exco

Bernama
Bernama
31/05/2021
08:34 MYT
Nisbah jangkitan tinggi, kes harian di Kelantan boleh cecah 1,000 mulai Jun - Exco
Dr Izani berkata, kegagalan pematuhan SOP dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu mula menunjukkan kesan. - Gambar fail/ Astro AWANI
KOTA BHARU: Kes positif COVID-19 di Kelantan dijangka boleh mencecah 1,000 kes sehari mulai bulan depan, berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata selain nisbah jangkitan, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu mula menunjukkan kesan apabila kes positif harian tinggi dicatat dalam tempoh beberapa hari lepas.
"Nisbah jangkitan berbanding penduduk sangat tinggi, sebagai contoh Kota Bharu mencatat 583 kes daripada 100,000 penduduk pada masa ini.
"Kita jangka kes akan naik lagi kerana wabak COVID-19 sudah berada dalam komuniti secara besar-besaran. Sebelum ini kita sudah ingatkan kalau tidak patuhi SOP, selepas raya kes dijangka naik, jangkaan itu tepat. Lihat pada trend sekarang, Jun ini kes boleh mencecah hingga 1,000 sehari," katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Kota Darulnaim yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.
Semalam, Kelantan mencatat 612 kes positif COVID-19 dengan 7,869 kes aktif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#Aidilfitri
#COVID-19
#kes positif
#jangkitan
#Kelantan
#kes melonjak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan