awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Jauh di mata tapi tetap dekat di hati - Menteri Perpaduan Negara

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2020
10:56 MYT
Normal baharu: Jauh di mata tapi tetap dekat di hati - Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique walaupun berkata, walaupun normal baharu ini ada kelainan tetapi hakikatnya masyarakat masih lagi boleh meraikannya dengan penuh kasih sayang dengan menggunakan teknologi.
Meskipun Hari Raya Aidilfitri pada kali ini berbeza dengan sambutan sebelum ini, bahkan kali pertama dalam suasana normal baharu namun jarak fizikal tidak menghalang keakraban ahli keluarga pada Syawal ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau berkata, walaupun normal baharu ini ada kelainan tetapi hakikatnya masyarakat masih lagi boleh meraikannya dengan penuh kasih sayang dengan menggunakan teknologi untuk berhubung dengan insan tersayang mereka.
"Kita tidak dapat bersua muka dengan keluarga yang tersayang, tak dapat jumpa ayah, tak dapat jumpa mak, tak dapat jumpa adik-beradik atau kunjung-mengunjung, semuanya tak dapat dilakukan.
"Ini adalah pengorbanan kita dalam usaha menentukan kebajikan ahli masyarakat dalam memutuskan rantaian COVID-19," katanya dalam tembual Skype dengan Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Halimah memberitahu, beliau juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi itu untuk merapatkan perhubungan dengan membuat panggilan video dengan anak yang tidak dapat bersama serta adik-beradik di Kluang, Johor untuk lepaskan rindu, berkongsi cerita, mohon dan bertukar-tukar menu.
"Walaupun jauh di mata tetapi tetap dekat di hati,"ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ia adalah normal baharu yang memerlukan rakyat Malaysia sesuaikan diri.
Pada masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakyat Malaysia kerana mampu mengekalkan nilai-nilai baik dengan memelihara perpaduan nasional walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik.
"Meskipun disambut secara sederhana tetapi rakyat Malaysia terus cekal dan positif dalam mengamalkan semangat perpaduan,"ujarnya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#Halimah Mohamed Sadique
#kementerian perpaduan negara
#Kluang
#normal baharu
#Skype
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan