awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Pandemik percepat transformasi budaya kerja

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/05/2020
20:31 MYT
Normal baharu: Pandemik percepat transformasi budaya kerja
Pandemik mempercepatkan proses adaptasi ke arah budaya kerja dari rumah, baik di pihak pekerja mahupun majikan.
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini membawa perubahan pada budaya kerja yang perlu diadaptasi dalam kadar segera.
Bekerja dari rumah bukan satu kebiasaan di Malaysia beberapa bulan lalu, biarpun di beberapa negara maju, ia sudah lama diamalkan.
Namun apabila negara berhadapan dengan wabak yang mengancam kesihatan dan keselamatan, secara tidak langsung ia mempercepatkan proses adaptasi, baik di pihak pekerja mahupun majikan.
Pengasas bersama firma GigxGlobal Shareen Abdul Ghani berpendapat situasi semasa memberi peluang untuk sektor pekerjaan mengkaji semula polisi sedia ada, seterusnya melakukan transformasi yang bersifat lebih efisien.
"Melihat pada sektor, mungkin sektor teknologi maklumat mempunyai sedikit kelebihan.
"Tetapi bagi sektor lain, pandemik yang melanda boleh mempercepatkan perubahan. Transformasi perlu berlaku dan majikan perlu memikirkan penyusunan kerja yang lebih fleksibel," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Buletin AWANI, pada Khamis.
Pada masa sama, penyedia atau pembekal servis perkhidmatan teleconferencing perlu berkreatif dan hadir dengan idea bagi menghasilkan sistem yang boleh diguna pakai.
"Perubahan budaya kerja memerlukan peralatan yang bersesuaian. Kebanyakan pekerja tidak mempunyai skil yang diperlukan.
"Jadi majikan perlu pilih tool yang sesuai, beri latihan, bina proses dan polisi yang betul dan garis panduan untuk memastikan hasil kerja mereka sentiasa dipantau," ujarnya.
Selain corak pemikiran dan budaya kerja, majikan dan pekerja juga perlu menyelesaikan masalah kepercayaan yang dilihat antara isu yang boleh menghalang kejayaan pelaksanaan langkah bekerja dari rumah.
"Kalau difikirkan, bekerja dari rumah ini bagus dari segi kos. Syarikat boleh berjimat kerana tidak perlu memikirkan hal bil dan sewa bangunan.
"Tetapi sebelum dapat dilaksanakan, majikan dan pekerja perlu ada perjanjian yang sepakat berkenaan cara kerja itu sendiri.
"Trust issues terlebih dahulu perlu diselesaikan. Majikan tidak boleh berfikiran yang pekerja tidak buat kerja apabila di rumah, dan pekerja juga perlu menggunakan masa dengan bijak supaya tugasan dapat diselesaikan walaupun bekerja dari rumah," katanya.
Topic Berkaitan
#budaya kerja
#GigXGlobal
#kerja dari rumah
#majikan
#pandemik
#Pekerja
#polisi
#Shareen Abdul Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan