SHAH ALAM: Satu nota Jemaah Menteri mengenai agenda pembangunan semula Gaza akan dibentangkan kepada anggota Kabinet tidak lama lagi bagi mendapatkan pertimbangan mengenai penglibatan Malaysia dalam usaha pembangunan semula wilayah bergolak itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nota Jemaah Menteri itu akan memuatkan cadangan pembinaan sebuah hospital ehsan di Gaza yang melibatkan 150 katil yang akan dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Nota itu juga akan menyebut mengenai pembangunan semula Gaza dan agenda Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) secara menyeluruh.
"Kalau (penerimaan) positif, Perdana Menteri dan Kabinet mahukan ianya (nota Jemaah Menteri) dibentangkan dalam bentuk memorandum, Kementerian Kesihatan bersedia untuk menyiapkan cadangan itu," katanya selepas majlis makan malam International Post War Gaza Rebuilding Planning Session yang dihadiri 250 tetamu dari 25 negara, di sini, Ahad malam.
Apabila ditanya berapa banyak Malaysia telah sumbangkan untuk Gaza, Dr Dzulkefly berkata, Malaysia telah menjanjikan RM100 juta bagi Gaza dan sehingga ini RM20 juta telah dilaksanakan.
Pada majlis makan malam itu lebih RM30 juta dan lima ambulans berjaya dikumpulkan dari 17 penyumbang dalam dan luar negara bagi tujuan pembangunan semula Gaza.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata usaha pembangunan semula Gaza akan dimulakan pada bulan Ramadan nanti.
"Misi ini akan diuruskan oleh MAPIM bersama rakan-rakan antarabangsa kami. Semasa Ramadan, makanan akan dihantar pada kadar segera dan MAPIM bercadang membina semula hospital di bandar Gaza," kata Mohd Azmi.
Penyumbang terbesar dalam majlis makan malam berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Well Asia Group of Companies, Datuk Seri Abdul Majid Zainal Abidin yang menyalurkan RM20 juta bagi pembangunan Gaza.
Abdul Majid, 70, ketika ditemui berkata beliau berharap sumbangan itu digunakan untuk membina semula masjid dan sekolah di Gaza.
Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas yang sudah lebih 120 hari telah mengorbankan lebih 28,000 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 cedera. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Dr Dzulkefly berkata, nota Jemaah Menteri itu akan memuatkan cadangan pembinaan sebuah hospital ehsan di Gaza yang melibatkan 150 katil yang akan dimajukan kepada Perdana Menteri. - Gambar fail Bernama
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.