GADGETS
Nothing akan asingkan CMF sebagai anak syarikat, berpusat di India

Nothing umumkan CMF sebagai anak syarikat berasingan beribu pejabat di India, dengan operasi penyelidikan dan pengeluaran kendiri serta kerjasama bersama Optiemus. -Foto Amanz
NOTHING hari ini umum akan meletakkan jenama CMF sebagai anak syarikat berasingan, dan beribu pejabat di India.
Ringkasan AI
- Nothing umumkan CMF sebagai anak syarikat berasingan beribu pejabat di India, dengan operasi penyelidikan dan pengeluaran kendiri serta kerjasama bersama Optiemus.
- Pelaburan lebih $100 juta akan dibuat untuk CMF, dengan sasaran cipta 1,800 pekerjaan dalam tiga tahun dan penawaran peranti pada harga lebih kompetitif.
- Langkah ini membolehkan Nothing fokus kepada pasaran bernilai tinggi tanpa menjejaskan jenama utama, selari dengan strategi pemisahan jenama seperti HuaweiHonor dan OppoRealme.
Nothing akan bekerjasama dengan Optiemus untuk tujuan pengeluaran peranti.
India sendiri merupakan salah satu pasaran utama untuk Nothing, di mana mereka mempunyai pegangan pasaran sekitar 2% di India.
Dengan memfokuskan jenama CMF di sana, ia akan membolehkan penawaran peranti pada harga lebih kompetitif, sekali gus mendapatkan pegangan pasaran lebih besar.
Langkah ini juga akan membolehkan jenama Nothing sendiri memfokuskan kepada pasaran bernilai lebih tinggi, tanpa menjejaskan jenama mereka.
Sebelum ini, pelbagai jenama telah melakukan perkara sama, termasuk Huawei yang mengasingkan Honor, dan Oppo yang mengasingkan Realme. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami