awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NS minta kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN

Bernama
Bernama
27/10/2021
21:15 MYT
NS minta kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN
Aminuddin berkata ini bagi meningkatkan perlindungan diri daripada wabak berkenaan memandangkan golongan itu perlu berurusan dengan rakyat. -Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meminta kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.
Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ini bagi meningkatkan perlindungan diri daripada wabak berkenaan memandangkan golongan itu perlu berurusan dengan rakyat.
"Sebahagian besar Ahli Parlimen sudah menerima dos penggalak, justeru di peringkat negeri kita cadang supaya kami diberi dos berkenaan demi menjamin keselamatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini pada Rabu.
Beliau berkata seramai 3,442 petugas barisan hadapan di negeri itu menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sejak 22 Okt lepas.
Menurutnya selain barisan hadapan, warga emas berusia 60 tahun ke atas juga akan diberi dos penggalak.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berharap kerajaan memberi tumpuan terhadap isu kenaikan harga makanan ruminan dan barang dalam sektor pembinaan pada pembentangan Bajet 2022, Jumaat ini.
Katanya, pihaknya menerima maklumat terdapat kenaikan harga barang secara mendadak terutamanya dalam bidang ternakan dan pertanian yang dikhuatiri merencatkan semangat golongan muda di negeri itu untuk menceburkan diri dalam bidang berkenaan.
"Kita berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada permasalahan tersebut memandangkan sejak akhir-akhir ini ramai anak muda di negeri ini mula menunjukkan minat mengusahakan tanah terbiar dengan melakukan kerja-kerja pertanian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Exco
#ADUN
#Negeri Sembilan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan