KUALA LUMPUR: Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang diadakan secara percuma anjuran Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kembali dengan edisi kedua pada tahun ini, yang dijadualkan pada 24 hingga 30 Jun depan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata NTW 2024 menetapkan sasaran lebih besar iaitu 150,000 pendaftaran di seluruh negara, dengan peningkatan kursus latihan kepada 25,000 berbanding 21,000 pada 2023.
Jelas beliau, NTW 2024 turut menampilkan kelainan dengan penyertaan turut dibuka kepada penjawat awam selain menawarkan latihan berkaitan kecerdasan buatan dan sektor ekonomi digital.
“Saya telah menekankan bahawa kita perlu melihat kepada latihan-latihan yang berkualiti sebab sasaran untuk tahun ini, NTW akan menjadi ‘papan luncur’ untuk kita melihat kepada satu sasaran di mana pemberi latihan di Malaysia ini mencapai kualiti tahap antarabangsa.
“Sekarang kita melatih rakyat Malaysia tetapi cita-cita kita ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab latihan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pra-Pelancaran NTW 2024 di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.
Hadir sama ialah Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.
Steven menambah kementerian amat berbangga dengan pihak industri yang komited memberikan latihan kepada rakyat, dengan nilai peruntukan sebanyak RM200 juta bagi menyediakan kursus-kursus berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Program HRD Corp, Soffian Amin berkata, NTW 2023 telah melakar banyak kejayaan menerusi akses kepada peluang pembelajaran dan pembangunan percuma kepada mereka yang terlibat.
“Berdasarkan kajian yang kami telah buat, ramai daripada rakyat Malaysia termasuk golongan B40 dan yang telah pun keluar daripada alam pekerjaan, boleh menggunakan latihan dan kemahiran untuk memasuki balik ke alam pekerjaan.
“Selain itu, ada yang menggunakan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan dengan cara-cara lain. Ini adalah satu daripada banyak kisah kejayaan daripada NTW pada tahun lepas,” ujar beliau.
NTW 2024 juga memberi tumpuan yang lebih besar kepada lima teras iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kreativiti dan inovasi, kewangan, serta pembangunan mampan.
Teras tersebut dipilih berdasarkan keperluan bakat dan industri Malaysia.
Pada edisi penganjuran tahun lalu, NTW berjaya menyediakan lebih 21,000 kursus latihan percuma kepada lebih 129,000 rakyat Malaysia, di samping mencatatkan 503,000 jam latihan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi HRD Corp menerusi e-mel: [email protected] atau laman web https://www.nationaltrainingweek.gov.my/
Hasimi Muhamad
Thu Jan 25 2024
Steven Sim (dua, kanan) pada Majlis Pra-Pelancaran NTW 2024 di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu -Foto HRD Corp
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Latihan percuma kepada rakyat Malaysia, NTW 2024 tawar 25,000 kursus
NTW 2024 turut melibatkan penambahbaikan dalam penawaran kursus latihan termasuk meliputi sektor ekonomi digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI).