Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain, selesai selepas Anggota Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi hari ini.
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.
"Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," katanya ketika membacakan kenyataan maaf itu.
Nurul Izzah berkata terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lepas, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, serta ahli keluarganya.
Terdahulu, peguam M.Reza Hassan yang mewakili Raja Nong Chik berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan berdasarkan terma penyelesaian yang dipersetujui, dan defendan pertama (Nurul Izzah) akan membacakan kenyataan maaf beliau di mahkamah terbuka.
Peguam Edmund Bon mewakili Nurul Izzah dan peguam A. Lourdes Abishegam yang mewakili Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini serta wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong juga mengesahkan penyelesaian kes itu.
M. Reza turut memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya akan menarik balik saman terhadap wartawan Malaysiakini berikutan defendan kedua (Mkini Dotcom) akan menyiarkan kenyataan Nurul Izzah itu di laman sesawang Malaysiakini dalam tempoh tujuh hari.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed merekodkan penghakiman persetujuan tanpa sebarang perintah kos dan memerintahkan defendan kedua menyiarkan kenyataan maaf itu.
Sebelum prosiding itu berakhir, Nik Hasmat mengucapkan tahniah kepada pihak berkenaan yang menyelesaikan kes berkenaan secara baik.
Pada 17 Julai tahun lepas, Raja Nong Chik memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, iaitu sehari sebelum PRU 13.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah diterbitkan dalam laman sesawang Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lepas.
Beliau mendakwa penerbitan kenyataan itu menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Sementara itu, di luar mahkamah, Raja Nong Chik memaklumkan pemberita bahawa beliau bersyukur kerana akhirnya kes berkenaan dapat diselesaikan.
"Alhamdulillah, setelah hampir setahun kes ini dapat diselesaikan dan sempena bulan yang baik ini (bulan Syawal), saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes dan meminta pampasan.
"Saya juga berpendapat kita harus bersatu kerana negara kita kini dalam suasana berkabung sempena memperingati tragedi MH17," katanya.
Bernama
Thu Aug 21 2014
Nurul Izzah berkata terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lepas.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Permohonan maaf kerana menyalah guna nama Pakar Perlembagaan Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi
Ia berpunca daripada salah faham antara pihak kami berhubung maklumat serta penulisan berkaitan pandangan berkenaan.
Nurul Izzah kemuka kenyataan maaf kepada Raja Nong Chik
Kes saman Datuk Seri Raja Nong Chik terhadap Nurul Izzah selesai selepas MP Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka.