awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Nazla ditemui selamat

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
15:50 MYT
Nurul Nazla ditemui selamat
Nurul Nazla Abdul Halim, ditemui selamat pada Ahad dilaporkan kembali ke Hospital Shah Alam untuk bertemu suaminya kira-kira jam 6.30 petang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Sabtu, Nurul Nazla Abdul Halim, ditemui selamat pada Ahad.
Adiknya, Nadia, memaklumkan bahawa wanita berusia 41 tahun itu kembali ke Hospital Shah Alam untuk bertemu suaminya kira-kira jam 6.30 petang.
Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan oleh abang iparnya selepas Nurul Nazla muncul di hospital berkenaan.
Namun, setakat ini difahamkan ahli keluargaya tidak mengetahui Nurul Nazla pergi ke mana sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, mengesahkan wanita tersebut telah ditemui dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, ahli keluarga mangsa kini sedang menuju ke balai polis bagi tindakan lanjut.
Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nurul Nazla selepas wanita itu dilaporkan keluar dari Hospital Shah Alam kira-kira jam 2 petang pada Sabtu, selepas melawat suaminya yang sedang menerima rawatan.
Ramsay berkata, laporan polis dibuat oleh adik mangsa pada jam 12.06 tengah malam Ahad.
Menurut beliau, kali terakhir mangsa berhubung dengan suaminya adalah sekitar jam 3 petang pada hari sama menerusi aplikasi WhatsApp.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Nurul Nazla
#Hospital Shah Alam
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan