Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta agar kerajaan menangguhkan pembukaan prasekolah dan tadika yang dijadual bermula 1 Julai ini.
Presiden NUTP Aminudin Awang berkata pihaknya mendapati kebanyakan prasekolah dan tadika belum bersedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kemudahan dimiliki setiap prasekolah ini biasanya tidak sama, contohnya ada yang dua kelas, dan bila dilaksanakan jarak sosial, akan berlaku masalah seperti tidak mampu menampung jumlah murid, " katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan untuk membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini, tertakluk kepada SOP ditetapkan.
Sementara itu, Aminudin berkata NUTP mencadangkan beberapa kaedah bagi membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kebiasaan baharu berikutan COVID-19.
Aminudin berkata kaedah yang dinamakan Model Pedagogi Penjarakan Sosial itu merupakan hasil penyelidikan pakar pendidikan dari Universiti Malaya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
"Menerusi kaedah ini, guru perlu cerakinkan topik mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kepentingan, sama ada akan diajar menerusi platform dalam talian, secara bersemuka ataupun menerusi sistem yang boleh diakses ketika pelajar mempunyai talian internet," katanya.
Aminudin berkata pembelajaran dalam kebiasaan baharu memerlukan gabungan kedua-dua kaedah pembelajaran dalam talian dan luar talian memandangkan kekangan akses internet di kawasan tertentu.
"Ada segelintir topik tetap memerlukan guru mengajar secara bersemuka, ada yang boleh diajar secara langsung seperti menerusi persidangan web yang memerlukan guru dan murid mempunyai akses internet serentak pada masa yang sama.
"Namun bagi mengatasi masalah akses internet ini, sistem pengurusan pembelajaran seperti Google Classroom dan Moodle ataupun YouTube boleh digunakan kerana ia boleh dirujuk pelajar pada bila-bila masa ada jaringan internet," katanya.
Menjelas lanjut, beliau berkata proses pembelajaran tanpa jaringan internet menggunakan bahan digital seperti CD-ROM atau flash drive yang telah dimuat turun dalam peranti juga perlu diguna pakai.
Tambah beliau, pemberian tugasan menerusi platform mesej WhatsApp, Telegram atau e-mel juga boleh menjadi kebiasaan baharu dalam berkomunikasi antara guru dan pelajar.
"Justeru, kami bersedia untuk menganjurkan bengkel dalam memberi latihan kepada guru-guru untuk praktik semua kaedah baharu ini bermula Julai ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 22 2020
NUTP meminta agar kerajaan menangguhkan pembukaan prasekolah dan tadika yang dijadual bermula 1 Julai ini. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
NUTP minta pembukaan prasekolah, tadika ditangguhkan
Kebanyakan prasekolah dan tadika belum sedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Menteri Pendidikan tidak semestinya dilantik dalam kalangan ahli politik
Menteri pendidikan tidak semestinya dipilih dalam kalangan ahli politik tetapi individu dari luar 'kelompok politik' yang prihatin dengan isu pendidikan juga boleh dilantik memegang jawatan itu.