KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya menyokong penuh penggunaan media sosial khususnya TikTok jika ia digunakan bagi tujuan pembelajaran namun bukan secara langsung di dalam kelas secara bersemuka.
"Penggunaan media sosial khususnya secara langsung semasa waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah, apatah lagi jika ia lebih bersifat mempopularkan diri sendiri.
"Hal ini amat tidak sihat dan menyalahi peraturan serta patut dihentikan. Demi menjaga imej profesion keguruan, pihak pentadbir sekolah dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) perlu bertindak tegas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata semasa di dalam kelas, guru sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada murid yang berada di depan mata secara fizikal.
Aminuddin berkata ramai guru ketika ini terdiri daripada generasi Y dan Z yang membesar dengan media sosial namun mereka perlu patuh kepada garis panduan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Beliau turut menyarankan golongan pendidik agar menggunakan media sosial bagi memuat naik isi kandungan yang berkaitan dengan pendidikan secara ringkas dan padat untuk pengukuhan murid di luar waktu persekolahan.
Semalam, tular di laman Twitter perkongsian seorang pengguna memaparkan tangkap layar seorang guru yang melakukan sesi secara langsung di aplikasi TikTok sambil mengajar di dalam kelas.
Perlakuan itu mengundang pelbagai reaksi negatif khususnya daripada ibu bapa yang rata-rata tidak bersetuju dan bimbang dengan tahap keberkesanan pembelajaran anak mereka di sekolah jika ia terus dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
NUTP menyokong penuh penggunaan media sosial khususnya TikTok jika ia digunakan bagi tujuan pembelajaran namun bukan secara langsung di dalam kelas secara bersemuka. - Gambar hiasan/ Reuters
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM
Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam pendidikan STEM mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani kepentingan penguasaan STEM dalam negara ketika ini.
Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang
NUTP menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Belanjawan 2023 telus, dengar pandangan rakyat untuk sektor pendidikan - NUTP
Peruntukan RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah, diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.
Pastikan aplikasi digital mudahkan urusan guru, bukan tambah tekanan - NUTP
NUTP berharap bahagian data dan maklumat di KPM dapat mengawal dengan lebih serius sebarang aplikasi atau sistem baharu yang diwujudkan.
Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran
NUTP memohon supaya Kementerian Pendidikan menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.
NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif
NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran.
NUTP nasihat guru buat TikTok untuk pembelajaran
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.
Larangan pelajar balik asrama: NUTP setuju, cadang pengetua diberi kuasa laksana PdPR
Wang Heng Suan, tindakan itu mampu melindungi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi daripada jangkitan COVID-19.