GADGETS
NVIDIA dakwa cip keluarannya tiada pintu belakang, suis membunuh dan perisian hasad

NVIDIA menegaskan cip mereka bebas daripada pintu belakang, suis membunuh, dan perisian hasad. -Amanz
NVIDIA mengeluarkan kenyataan menegaskan cip keluaran mereka tidak mengandungi pintu belakang, suis membunuh, dan perisian hasad yang boleh digunakan untuk memantau penggunaannya.
Ringkasan AI
- NVIDIA menegaskan cip mereka bebas daripada pintu belakang, suis membunuh, dan perisian hasad.
- Penggunaan pintu belakang dan suis membunuh boleh menjejaskan keselamatan global serta kepercayaan terhadap teknologi AS.
- Dua warga China ditahan di AS kerana didakwa menyeludup cip AI ke China melalui Malaysia dan Singapura, menyebabkan MITI mengetatkan kawalan eksport cip berprestasi tinggi.
Penggunaan sistem suis membunuh (kill switch) pula mewujudkan kecacatan kekal yang di luar kawalan pengguna dan mendedahkan sistem kepada musibah.
NVIDIA juga menyokong perisian terbuka dan telus yang membantu pelanggan memanfaatkan sepenuhnya GPU mereka.
Sistem seperti diagnostik, pemantauan prestasi, laporan kewujudan pepijat yang disertakan adalah untuk pengetahuan dan persetujuan pengguna.
Kenyataan hari dikeluarkan selepas muncul cadangan di Amerika Syarikat supaya NVIDIA menyertakan sistem pintu belakang, pepijat dan suis membunuh yang boleh diaktifkan jika GPU keluaran mereka jatuh ke tangan entiti yang diharamkan.
Isu ini dipandang serius oleh China sehingga wakil NVIDIA dipanggil untuk menjelaskan sama ada cip H20 yang digunakan di negara tersebut hadir ciri-ciri ini.
Hari ini juga dua individu warga China ditahan di California, Amerika Syarikat kerana didakwa terlibat dalam sindiket menyeludup cip kecerdasan buatan (AI) ke China.
Syarikat ALX Solutions milik mereka dikatakan mengeksport cip AI dari Amerika Syarikat ke Malaysia dan Singapura sebelum diseludup ke China.
Aktiviti ini telah berjaya dikesan dan menyebabkan MITI kini memerlukan permit untuk cip AI berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat yang sedang dalam proses eksport, pemindahan dan transit di Malaysia. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami