awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba

Amanz
Amanz
18/04/2024
03:39 MYT
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000. -Amanz
KECERDASAN buatan, khususnya AI generatif ialah sebuah teknologi yang semakin giat digunakan untuk mencipta kandungan kreatif dengan cepat dan mudah.
Walaupun begitu, satu kelemahan utama kebanyakan perkhidmatan AI generatif ini ialah ia memerlukan sambungan internet untuk menggunakannya.
NVIDIA nampaknya sedar akan isu ini, dan setelah mereka membangunkan teknologi kad grafik khusus untuk teknologi kecerdasan buatan untuk pusat data, mereka memperkenalkan pula kad grafik komputer riba yang dibangunkan khusus untuk mengolah kandungan AI generatif secara terus dari komputer.
Dua kad grafik yang diperkenalkan dalam siri ini ialah NVIDIA RTX 500 dan NVIDIA RTX 1000 untuk pembuat komputer riba dan juga mereka yang mahukan sebuah komputer riba yang mampu menggerakkan perkhidmatan-perkhidmatan generatif AI seperti Adobe Firefly ataupun Stable Diffusion tanpa memerlukan sambungan internet.
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Dengan kad grafik NVIDIA RTX 500, ia dilihat boleh menjana imej generatif melalui Stable Diffusion 14 kali lebih pantas berbanding dengan cara biasa.
Kad grafik ini juga membolehkan pengguna untuk menggunakan fungsi kecerdasan buatan terbina seperti olahan video telesidang dengan kualiti dan juga kadar penstriman yang lebih tinggi.
Setakat ini, NVIDIA mengatakan bahawa jenama-jenama komputer riba seperti Dell, HP, Lenovo dan MSI akan memperkenalkan komputer riba dengan kad grafik ini pada pertengahan tahun ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#NVIDIA RTX
#Stable Diffusion
#Adobe Firefly
#Ada Lovelace
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan