GADGETS
NVIDIA RTX PRO 4000 SFF, RTX PRO 2000 dilancar dengan GPU Blackwell

RTX PRO 4000 SFF dilengkapi GPU GB203 dengan 8,960 teras CUDA dan 24GB GDDR7, manakala RTX PRO 2000 menggunakan GPU GB206 dengan 4,352 teras CUDA dan 16GB GDDR7. -Amanz
NVIDIA RTX PRO 4000 SFF Edition dan RTX PRO 2000 dilancarkan malam semalam di acara SIGGRAPH 2025.
Ringkasan AI
- NVIDIA melancarkan RTX PRO 4000 SFF Edition dan RTX PRO 2000 di SIGGRAPH 2025, direka untuk stesen kerja kompak dengan rekaan satu slot dan profil rendah.
- RTX PRO 4000 SFF dilengkapi GPU GB203 dengan 8,960 teras CUDA dan 24GB GDDR7, manakala RTX PRO 2000 menggunakan GPU GB206 dengan 4,352 teras CUDA dan 16GB GDDR7; kedua-duanya mempunyai TDP 70W dan sokongan 4x mDP 2.1b.
- Kad grafik ini disasarkan untuk tugasan kerja profesional dan bukan permainan, akan dijual hujung 2025 oleh pengeluar seperti Dell, HP, Lenovo dan lain-lain, dengan harga belum diumumkan.
Sementara itu NVIDIA RTX PRO 2000 pula dilengkapi GPU GB206, mempunyai 4,352 teras CUDA, memori sebesar 16GB GDDR7 128 bit dan TDP 70W.
Kedua-dua kad juga menyokong sambungan 4x mDP 2.1b.
RTX PRO 4000 SFF dan RTX PRO 2000 adalah kad grafik untuk digunakan pada stesenkerja bersaiz kompak dan mesin memproses tugasan video.
Ia adalah siri RTX5000 yang diubahsuai untuk kegunaan kerja dan bukan untuk permainan video kerana kuasa yang dihadkan.
Kedua-dua kad akan hanya dijual pada penghujung 2025 dengan ia akan ditawarkan oleh pengeluar seperti PNY, TD SYNNEX, BOXX, Dell Technologies, HP dan Lenovo.
Harga jualan belum lagi diumumkan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami