KUALA NERUS: Seorang wanita nyaris terpijak seekor ular ketika bersantai bersama suami dan dua anak di Pantai Teluk Ketapang, di sini pada Rabu.
Tengku Qursyiah Tengku Hamid, 36, berkata, dia terserempak dengan seekor ular dipercayai daripada spesies ular laut berwarna hitam putih yang sedang berlingkar di atas pasir ketika berjalan menuju ke kereta kira-kira jam 6.20 petang.
"Pada mulanya saya tak perasan ular itu masih hidup kerana ia kelihatan kaku seolah-olah telah mati. Setelah diamati baru saya perasan sisiknya bergerak.
"Kalau tidak berhati-hati sudah tentu saya terpijak reptilia itu kerana saiznya tidaklah begitu besar. Ia lebih kecil jika dibandingkan dengan lengan kanak-kanak berusia setahun," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Menurut Tengku Qursyiah, disebabkan bergegas mahu pulang, dia segera mengambil gambar ular itu dan dikongsi ke dalam grup WhatsApp keluarga untuk mengetahui spesies ular tersebut.
"Dalam perjalanan pulang saya berasa bimbang apabila adik saya memberitahu ular itu daripada spesies berbisa dan mungkin berisiko menyebabkan kematian jika ada yang terkena gigitan.
"Jadi, saya segera berpatah balik ke pantai itu dan memberitahu mereka yang masih ada di situ supaya berhati-hati dengan ular berkenaan kerana bimbang ramai yang tidak perasan kewujudannya di kawasan itu," katanya.
Tengku Qursyiah berkata, dia turut memuat naik gambar penemuan ular itu di laman sosial Facebook supaya lebih ramai yang berhati-hati ketika berkunjung ke pantai.
Sehingga Sabtu, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dengan 744 komen dan dikongsikan 944 pengguna media sosial tersebut.
"Waktu itu, saya tidak terfikir untuk melaporkan kepada pihak berwajib kerana lebih tertumpu untuk memberitahu kepada orang ramai supaya semua yang berkunjung ke situ lebih berhati-hati.
"Saya tidak tahu sama ada ular itu masih ada di lokasi berkenaan atau sudah dipindahkan ke lokasi lain kerana ketika saya dan keluarga pulang, ia masih berada di situ," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 16 2022
Seekor ular dipercayai daripada spesies ular laut yang dijumpai berlingkar di atas pasir di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuaca panas: APM Kelantan tangkap lebih 1,000 ekor ular pelbagai spesies
Faktor cuaca panas dan kering menyebabkan reptilia berbisa itu keluar daripada habitat asal dan bersembunyi di kawasan yang lebih sejuk.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.
Ular masuk pesawat ke Bangkok
Seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.
Kejohanan tenis Brisbane International terhenti seketika ekoran ular berbisa
Insiden itu berlaku ketika perlawanan antara Dominic Thiem dan James McCabe sedang berlangsung.
Skuad King Cobra wira rakyat tangkap ular
Sebut sahaja ular, pasti ramai yang bukan sahaja berasa takut tetapi juga geli dengan reptilia yang satu ini.
MAA tegur tindakan pelakon terkenal letak ular atas sangkar kucing
MAA menegur tindakan seorang pelakon bergelar Datuk yang memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram milik selebriti itu.
22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
Penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.
APM tangkap ular tedung hitam di rumah PM Anwar
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini.
Nyaris terpijak ular ketika bersantai di pantai
Dia turut memuat naik gambar penemuan ular itu di laman sosial supaya lebih ramai yang berhati-hati ketika berkunjung ke pantai.
Bangkok kota ular?
Petugas talian kecemasan di negara itu menerima panggilan untuk menangkap atau mengalihkan ular setiap 15 minit dalam sehari.