awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obligasi kewangan 1MDB berjumlah RM31.6 bilion sehingga Jun - Laporan

Bernama
Bernama
07/10/2022
13:22 MYT
Obligasi kewangan 1MDB berjumlah RM31.6 bilion sehingga Jun - Laporan
Inisiatif kerajaan bagi mendapatkan semula aset 1MDB melibatkan langkah penyiasatan bersepadu yang terperinci, rundingan dan proses perundangan.
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai obligasi kewangan belum selesai yang dianggarkan bernilai RM31.6 bilion setakat akhir Jun 2022, meliputi prinsipal berjumlah RM25.9 bilion dan faedah atau keuntungan sebanyak RM5.7 bilion.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, jumlah hutang 1MDB telah berkurang kepada RM25.9 bilion setelah mengambil kira pembayaran obligasi hutang 1MDB Energy Ltd. pada Mei 2022.
Inisiatif kerajaan bagi mendapatkan semula aset 1MDB melibatkan langkah penyiasatan bersepadu yang terperinci, rundingan dan proses perundangan, katanya.
Menurut kementerian, sebanyak RM19.3 bilion telah berjaya diperoleh sehingga akhir Jun 2022.
Katanya aset yang berjaya diperoleh semula termasuk aset fizikal dan wang sitaan serta bayaran penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, terimaan penyelesaian daripada institusi kewangan dan firma pengauditan serta perolehan kembali aset tunai yang dibekukan daripada individu dan syarikat.
"Aset yang diterima semula ini telah dimasukkan ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset dan digunakan untuk membayar obligasi kewangan dan hutang 1MDB. Baki Akaun Amanah berjumlah RM8.8 bilion pada akhir Jun 2022 akan digunakan untuk menyelesaikan bon 1MDB Energy (Langat) Ltd. pada Oktober 2022," katanya.
Selain itu, bekas pengatur terbitan bon 1MDB iaitu Goldman Sachs juga telah bersetuju dengan penyelesaian berjumlah US$2.5 bilion (US$1=RM4.63) dan memberi jaminan untuk membantu kerajaan mendapatkan semula aset yang dianggarkan bernilai US$1.4 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Hutang 1MDB
#Kementerian Kewangan
#Goldman Sachs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan