ISLAMABAD: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu sedaya upaya berusaha untuk mencegah ekonomi Afghanistan terus merudum ketika krisis kemanusiaan yang semakin buruk dan lebih US$9 bilion aset negara ini dibekukan Amerika Syarikat (AS).
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata demikian ketika menggariskan lima syor pada Sesi Luar Biasa ke-17 Majlis Menteri-Menteri Luar OIC di sini, pada Ahad dan menurutnya dengan menangani isu itu ia sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat Afghanistan.
"Dalam hal ini, OIC harus lakukan sedaya upaya untuk tangani dan selesaikan isu lebih US$9 bilion rizab yang sedang dibekukan.
"Ia bukan untuk Taliban, ia untuk rakyat Afghanistan," katanya.
Menurut laporan, AS membekukan lebih US$9 bilion rizab Afghanistan susulan Taliban mengambil alih Kabul pada Ogos selepas tentera Amerika berundur.
Saifuddin berkata keselamatan, hak asasi manusia dan kesejahteraan rakyat Afghanistan perlu menjadi keutamaan serta dilindungi.
Sementara itu, Saifuddin berkata Malaysia turut menggesa OIC merapatkan jurang tindak balas kemanusiaan antarabangsa terhadap Afghanistan dan memperkasa Pejabat OIC di Kabul untuk mengukuhkan usaha kemanusiaan.
"Kami juga menyokong kenyataan Menteri Luar Pakistan untuk mewujudkan sistem atau mekanisme untuk mewujudkan hab bantuan kemanusiaan bagi rakyat Afghanistan," katanya.
Saifuddin berkata Malaysia juga menyambut baik keputusan daripada persidangan ikrar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini pada September tahun ini, menyaksikan masyarakat antarabangsa berikrar bantuan kemanusiaan lebih US$1.2 bilion, Malaysia menyumbang US$100,000.
Beliau berkata kerajaan Malaysia komited untuk menyediakan bantuan dari segi teknikal untuk Afghanistan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan berharap dapat terus bekerjasama dengan negara anggota OIC yang lain.
Sejak 2002, lebih 1,800 pegawai Afghanistan dan 1,000 guru telah menerima latihan di Malaysia manakala ratusan penuntut menyambung pengajian di universiti-universiti di Malaysia.
"Kami juga menggalakkan perniagaan Malaysia mencari peluang di Afghanistan dan pada masa sama dua syarikat Malaysia sudah berada di negara ini untuk menjalankan projek pembangunan," katanya.
Beliau berkata Malaysia juga mahu memainkan peranannya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mengalu-alukan kerjasama dengan NGO dari negara anggota OIC untuk usaha kemanusiaan.
Saifuddin berkata dalam tempoh sebulan, NGO Malaysia sudah berada di Kabul dan Global Peace Mission telah pun membuka pejabat di Kabul bagi memudahkan usaha kemanusiaan.
"Untuk komitmen jangka panjang, Global Peace Mission juga akan menubuhkan Dana Wakaf Global. Dana Wakaf Global akan menggunakan kepakarannya dalam platform kewangan Islam," katanya.
Sesi Luar Biasa itu dihoskan Pakistan dan dipengerusikan Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Saifuddin berkata keselamatan, hak asasi manusia dan kesejahteraan rakyat Afghanistan perlu menjadi keutamaan serta dilindungi. -Bernama

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

Inflasi | Penuhi permintaan barangan tempatan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara. Profesor Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Noor Azman Ali berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi melihat kejayaan kempen beli barangan tempatan yang mampu mengatasi masalah inflasi negara.

HSR Bangkok-KL | Satu jawatankuasa khas ditubuhkan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya dari Thailand, Saksayam Chidchob bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur.

Perkeso | Perkeso lancar Ops Cegah
Seiring dengan usaha bersepadu yang berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan melibatkan pekerja di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan, buat julung kalinya, program Ops Cegah.

Kes Dera | Polis panggil saksi lain beri keterangan
Polis akan memanggil beberapa saksi lain bagi memberikan keterangan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki didera oleh ibu dan bapa saudaranya. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, adik mangsa yang disyaki turut didera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil.

Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia
Pihak berkuasa digesa untuk menjalankan siasatan yang telus dan teliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kebocoran maklumat.

Afghanistan sambut Aidilfitri pada Ahad
Ratusan penduduk Kabul memenuhi masjid di serata bandar, meskipun selepas beberapa siri serangan di masjid-masjid negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 April 2022.

Sembilan maut, 13 cedera dalam dua letupan di Afghanistan
Letupan menyasarkan dua kenderaan berasingan dalam kejadian yang berselang masa beberapa minit, di Mazar-e-Sharif.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 April 2022.

Sekurang-kurangnya 5 maut, 65 cedera dalam letupan masjid di Afghanistan
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

6 terbunuh, 11 cedera letupan berkembar berdekatan sekolah di Kabul
Enam maut manakala 11 lagi cedera dalam insiden letupan berkembar di kawasan Dasht-e-Barchi, di Kabul, Afghanistan pada Selasa, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran.

Taliban haramkan penanaman popi di Afghanistan
Taliban mengarahkan larangan penanaman popi di seluruh Afghanistan, memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap petani yang menanam tanaman itu.

China anjur dialog mengenai isu Afghanistan
Wang Yi berkata, adalah penting untuk mengekalkan kerjasama dan kesamarataan, di samping menentang konfrontasi dan hegemoni.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Afghanistan negara paling tidak bahagia di dunia 2022 - Laporan
Finland pula berada di kedudukan pertama sebagai negara paling bahagia di dunia diikuti Denmark, Switzerland, Iceland dan Netherland.