Kekurangan kemudahan khas kepada pelajar orang kelainan upaya (OKU) di universiti menyebabkan mereka menghadapi masalah akses harian untuk ke asrama dan dewan kuliah.
Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (Pokuam), Suhairi Abdullah berkata, pihaknya turut menerima aduan dan sedang mengkajinya untuk memastikan laporan bernas dan penuh fakta diserahkan kepada pihak berkenaan.
Jelasnya, ada juga aduan yang diberikan pelajar OKU terus ke pihak pentadbiran universiti.
"Dari pengamatan saya melawat ke universiti, kebanyakan kemudahannya bertaraf sederhana sahaja. Kadang-kadang universiti ini luas jadi kemudahan OKU memang sederhana sahaja. Kekurangan dan kekangan ini dihadapi pelajar OKU di universiti.
"Saya rasa untuk mencapai negara maju dan khasnya mencapai TN50 nanti, kami berharap kerajaan, universiti dan pihak berkenaan dapat menyediakan satu kemudahan prasarana untuk OKU supaya mereka dapat belajar dengan lebih mudah tanpa gangguan.
"Ia termasuk tiada halangan bukan sahaja kepada OKU di universiti, sekolah rendah dan sewajarnya yang OKU ini patut menimba ilmu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Suhairi mengulas isu kemudahan OKU di institusi pendidikan negara yang masih belum mencapai tahap mesra OKU.
Dalam pada itu jelasnya, Pokuam sehingga kini masih belum berjumpa kementerian berkenaan untuk berbincang isu berkenaan.
Katanya, perjumpaan akan dibuat selepas pengamatan dilakukan selain mengkaji syor terbaik untuk pelan tindakan OKU oleh pihak kementerian dan universiti sendiri.
Wan Syamsul Amly
Fri Mar 30 2018
Suhairi berkata, kebanyakan kemudahan di universiti bertaraf sederhana sahaja. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam
e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda.
Sikap ambil mudah kemudahan OKU sukarkan rutin harian - Ras Adiba
Datuk Ras Adiba Radzi berharap pihak berkaitan termasuk pengurusan sekolah lebih peka dalam menyediakan kemudahan yang mesra golongan itu.
OKU ada masalah 'bergerak' di universiti - Pokuam
Kekurangan kemudahan khas kepada pelajar OKU di universiti menyebabkan mereka menghadapi masalah akses harian untuk ke asrama dan dewan kuliah.