KUALA LUMPUR: Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu mempunyai masalah kesihatan yang menggunakan Personal Mobility Aids (PMA) boleh menggunakan lintasan pejalan kaki di jalan raya bagi tujuan melintas jalan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata bagaimanapun pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri dan pejalan kaki yang lain semasa melintasi jalan tersebut.
"Terdapat sedikit kekeliruan mengenai pemahaman orang ramai terutama golongan OKU berkaitan peraturan penggunaan peralatan PMA. Kenderaan mikromobiliti PMA secara umumnya adalah merupakan kenderaan yang direka bentuk dan dibina bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan dan khasnya untuk golongan OKU.
"Penggunaan PMA ini di atas jalan adalah dilarang. Ini bermakna, tiada mana-mana orang dibenarkan menggunakan di atas jalan yang bercampur dengan aliran trafik kenderaan motor yang lain seperti kereta, lori pasir dan bas.
"Jika tidak dilarang, penggunaan PMA di atas jalan termasuk di atas lebuh raya akan mendatangkan risiko nahas jalan raya dan kehilangan nyawa atau kecederaan yang tinggi. Hal ini juga bagi mengelakkan PMA ini disalah guna oleh individu yang sihat tubuh badan untuk menggunakan sewenang-wenangnya di atas jalan," katanya dalam kenyataan pada Rabu malam.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak mengenai larangan kenderaan PMA di atas jalan raya.
Pada Selasa, Wee mengumumkan tiga kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan PMA dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun Wee berkata penggunaan PMA tidak dilarang untuk digunakan di atas permukaan selain daripada jalan kerana ia adalah di luar daripada skop Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Larangan itu.
Menurut Wee, penggunaan di atas permukaan atau lokasi seperti di dalam kawasan pusat beli-belah, laluan pejalan kaki atau kaki lima kedai dan di taman-taman adalah tertakluk kepada kuasa oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau pemilik taman atau pusat beli-belah.
"Untuk pengetahuan semua pihak, dalam membangunkan dasar ini, kementerian juga telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU Sentral dan persatuan-persatuan OKU pada 23 April 2021 bagi mendapatkan input daripada pihak-pihak tersebut dalam pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata bagaimanapun pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri dan pejalan kaki yang lain semasa melintasi jalan tersebut. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.
Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.
‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.