awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Ambang Merdeka: 107 saman dikeluarkan sekitar Alor Setar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/08/2022
04:12 MYT
Op Ambang Merdeka: 107 saman dikeluarkan sekitar Alor Setar
Antara kesalahan paling banyak dikesan adalah pengubahsuaian motosikal serta tidak memiliki lesen memandu dan kebanyakan mereka berusia belasan tahun hingga 20-an. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: 109 motosikal ditahan dan 107 saman dikeluarkan.
Itu mungkin nilai 'kemerdekaan' diperolehi sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti lumba haram dan berpeleseran pada malam Ambang Merdeka malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kesemua mereka ditahan sekitar jam 2.30 pagi ketika berlumba di Lebuhraya Darul Aman.
Katanya, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum itu melakukan pemantauan sejam lebih awal di lokasi sebelum melakukan kepungan.
Sebaik menyedari kehadiran polis kumpulan motosikal itu bertidak melarikan diri.
Bagaimanapun cubaan mereka gagal apabila dua pintu utama jalan itu telah ditutup dan dikepung.
Ahmad Shukri berkata, sebanyak 109 buah motosikal ditahan dan dibawa balik ke Unit Trafik IPD Kota Setar untuk pemeriksaan.
 Antara kesalahan paling banyak dikesan adalah pengubahsuaian motosikal serta tidak memiliki lesen memandu. - Foto Astro AWANI
Antara kesalahan paling banyak dikesan adalah pengubahsuaian motosikal serta tidak memiliki lesen memandu. - Foto Astro AWANI
Hasilnya sebanyak 107 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Antara kesalahan paling banyak dikesan adalah pengubahsuaian motosikal serta tidak memiliki lesen memandu dan kebanyakan mereka berusia belasan tahun hingga 20-an.
Ahmad Shukri berkata, dalam operasi itu, sebanyak 22 buah motosikal turut disita kerana cukai jalan tamat tempoh dan status pemilikan meragukan.
Katanya, selain itu juga, sebanyak sembilan buah kereta turut diperiksa dalam operasi itu dan dikenakan tindakan saman.
Topic Berkaitan
#op Merdeka
#Alor Setar
#saman
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan