awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Global: CEO GISB didakwa pagi ini, kawalan ketat di mahkamah

Faida Rahim
Faida Rahim
23/10/2024
01:00 MYT
Op Global: CEO GISB didakwa pagi ini, kawalan ketat di mahkamah
Kawasan perkarangan Mahkamah dilihat dikawal ketat pihak berkuasa sejak jam 8 pagi. - Astro AWANI
SELAYANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Mereka antara 22 individu yang turut akan dituduh pada pagi ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kawasan perkarangan Mahkamah dikawal ketat pihak berkuasa sejak jam 8 pagi.
Dalam pada itu, pengamal media hanya dibenarkan berada di kawasan perkarangan yang telah ditetapkan.
Kesemua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini pada jam 9.30 pagi untuk proses pertuduhan.
Kawalan keselamatan di kawasan perkarangan kompleks mahkamah dipertingkatkan dengan kehadiran anggota polis termasuk anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, 22 anggota akan didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Beliau memberitahu, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 20 tahun, jika disabitkan kesalahan.
Selain Nasiruddin, turut dituduh di bawah seksyen sama ialah anak bekas pengasas Al Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi.
Tan Sri Razaruddin memutuskan demikian selepas kertas siasatan itu dirujuk dan ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa.
Pada 16 Oktober lalu, Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily MohdZin sebelum ini berkata, sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu 58 individu ditahan di bawah SOSMA termasuk 16 orang yang merupakan pengurusan tertinggi GISBH. Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat.
Topic Berkaitan
#GISB
#jenayah terancang
#Nasiruddin Mohd Ali
#Mahkamah Sesyen Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan