NATIONAL
Op Global: Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISB di Kelantan

Polis merampas pelbagai jenis buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISB yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain dibakar bagi menghapuskan bukti. -Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Kampung Panji, di sini.
Ringkasan AI
- Polis menyerbu tiga rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif GISB.
- Kira-kira 30 penghuni termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak ditemui. Polis merampas pelbagai buku dan dokumen berkaitan GISB.
- Operasi ini adalah sebahagian daripada tindakan besar-besaran di beberapa negeri, dengan perincian lanjut akan diberikan oleh Ketua Polis Negara.
Polis turut merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISB yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain ada yang turut dibakar.
Bernama difahamkan rumah berkenaan menjadi tempat menginap ahli GISB sejak puluhan tahun, dengan penghuni yang bertukar ganti.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi memaklumkan operasi hari ini diadakan secara besar-besaran di beberapa negeri termasuk Kelantan.
Beliau berkata perincian mengenai operasi itu akan diberikan dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami