awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Noda: Empat wanita warga asing ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/04/2022
02:20 MYT
Op Noda: Empat wanita warga asing ditahan
Polis menahan empat wanita warga asing kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sebuah premis di Kampung Jambu. -Facebook Polis Taiping
TAIPING: Polis menahan empat wanita warga asing kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sebuah premis di Kampung Jambu, di sini, malam semalam.
Difahamkan kesemua mereka berumur antara 35 tahun hingga 40 tahun.
Mereka ditahan dalam serbuan Op Noda yang dijalankan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Polis Taiping dan Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dalam serbuan itu, mereka turut merampas peralatan untuk kegiatan pelacuran seperti minyak urut, tuala, kondom, wang tunai dan resit bayaran.
Menurutnya, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55(b) dan 39 (b) Peraturan Imigresen 1959/63.
“Operasi sebegini akan dijalankan dari masa ke semasa untuk membanteras jenayah khususnya dalam daerah Taiping,” katanya dalam kenyataan di dalam Facebook pada Selasa.
Bagi tujuan itu, Polis Taiping meminta kerjasama orang ramai dan untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihaknya.
Topic Berkaitan
#warga asing
#aktiviti persundalan
#kampung jambu
#op noda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan