awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Optik: MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak patuh standard

Bernama
Bernama
06/01/2026
14:45 MYT
Op Optik: MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak patuh standard
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita 10,112 unit peralatan komunikasi disyaki tidak diperakui dianggar bernilai RM1 juta menerusi Op Optik di Klang dan Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. - Foto MCMC
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita 10,112 unit peralatan komunikasi disyaki tidak diperakui dianggar bernilai RM1 juta menerusi Op Optik di Klang dan Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menerusi kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pemeriksaan selama 19 jam bermula 12 tengah hari itu dijalankan susulan maklumat risikan hasil kerjasama strategik antara MCMC serta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), dengan penglibatan 69 pegawai, dilaksanakan selama 19 jam bermula 12 tengah hari.
MCMC menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat yang beroperasi di Klang dan Petaling Jaya, dipercayai terlibat dalam penjualan peralatan komunikasi tidak diperakui dan tidak mematuhi piawaian teknikal standard yang ditetapkan suruhanjaya itu.
"Antara peralatan disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar dan beberapa peralatan sokongan operasi premis seperti komputer, mesin cetak, telefon bimbit dan router WiFi," menurut kenyataan itu.
MCMC turut mendapati aktiviti pemasaran dan penjualan peralatan berkenaan dijalankan melalui pelbagai platform e-dagang dan media sosial.
Sebanyak 40 individu telah diambil keterangan awal manakala sembilan Notis Kehadiran telah dikeluarkan kepada individu termasuk pengarah syarikat, pengurus operasi, pembantu gudang, hos siaran langsung dan pencipta kandungan bagi menghadiri sesi rakaman percakapan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.
MCMC memaklumkan penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui berisiko menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang boleh mengganggu rangkaian perkhidmatan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan mengancam integriti pasaran tempatan.
Kes disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
MCMC menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengekang penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui demi melindungi kepentingan pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Optik
#MCMC
#peralatan komunikasi
#tidak patuh standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan