awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal

Bernama
Bernama
07/04/2024
14:52 MYT
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit di Plaza Tol Sungai Dua dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), awal pagi tadi. - Facebook JPJ Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit di Plaza Tol Sungai Dua dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), awal pagi tadi.
JPJ Pulau Pinang dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan operasi dijalankan Unit Operasi jabatan itu bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertujuan mencegah aktiviti lumba haram atau uji kelajuan motosikal, yang sering dikesan berlaku pada lewat malam ke awal pagi.
"JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman dan menyita 11 motosikal. JSPT Bukit Aman mengeluarkan 34 saman dan lima kompaun manakala JAS pula 18 notis uji semula," menurut hantaran berkenaan.
Menurut JPJ antara kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan ialah mengubah suai motosikal secara ekstrem bagi tujuan menambah kelajuan, 'tayar sotong', tiada brek belakang, tidak mempamer nombor pendaftaran, menukar 'swing arm' dan mengubah suai ekzos.
Kesalahan lain seperti memandu bawah umur, tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans dan tidak menggunakan lorong motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Rempit
#JPJ
#pulau pinang
#notis saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan