NATIONAL
Op Selamat 24: Polis fokus enam kesalahan utama di jalan raya

Op Selamat 24 menyaksikan sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama jalan raya dalam Op Selamat 24 yang bermula pada 29 Mac hingga 3 April ini.
Timbalan Pengarah Kepolisan Am, Siasatan dan Perolehan JSPT, ACP Fauzi Osman berkata enam kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.
Tiga kesalahan lain ialah menggunakan lorong kecemasan sekiranya ‘Smart Lane’ tidak diaktifkan, tidak mematuhi lampu isyarat dan memotong secara berbahaya.
"Kesemua kesalahan ini akan diperketatkan penguatkuasaannya termasuk mengenakan kompaun RM300 kepada pesalah," katanya.Beliau turut menyarankan pemandu untuk pengguna jalan raya agar lebih bertimbang rasa dan mengawal emosi ketika memandu.
"Berdasarkan elemen siasatan pihak JSPT juga, di jalan raya, kebiasaanya kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya.
"Jadi di peringkat JSPT, selain penguatkuasaan, kempen kesedaran turut dilaksanakan secara meluas termasuk di sekolah-sekolah bagi menyampai mesej kepada masyarakat," kata beliau dalam program AWANI Pagi hari ini.
Op Selamat 24 menyaksikan sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas.
Jumlah berkenaan melibatkan 871 pegawai dan 6,086 anggota.
25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara turut dikenal pasti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami