MALAYSIA
Op Sikaro: SPRM siasat 14 syarikat salah guna lesen import, beku akaun bank RM218 juta

SPRM membekukan RM218 juta akaun bank milik individu dan syarikat, serta menggantung beberapa lesen import yang disalah guna dalam kegiatan import rokok, tembakau dan cerut secara tidak sah. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan RM218 juta akaun bank milik individu dan syarikat, serta menggantung beberapa lesen import yang disalah guna dalam kegiatan import rokok, tembakau dan cerut secara tidak sah.
Ringkasan AI
- SPRM membekukan RM218 juta akaun bank dan menggantung lesen import 14 syarikat yang disyaki menyalahgunakan lesen untuk kegiatan import rokok, tembakau dan cerut haram.
- Syarikat terbabit didapati membuat pengisytiharan palsu, menukar kod kastam dan menyeludup barangan termasuk tembakau, cerut, rokok serta minuman keras bagi mengelak cukai.
- Kegiatan ini menyebabkan kerugian lebih RM250 juta hasil cukai kerajaan, dan siasatan dijalankan bawah Akta SPRM 2009 serta AMLATFPUAA 2001.
"Selain pengisytiharan palsu, sindiket ini juga dipercayai terbabit dalam penyeludupan tembakau, cerut, rokok dan minuman keras yang disimpan di gudang persendirian sebelum diedarkan ke pasaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zamri berkata siasatan juga memberi fokus kepada peranan ejen penghantaran yang dipercayai beroperasi tanpa lesen dan terlibat dalam penyelewengan serta penipuan dokumen bagi membantu memudahkan aktiviti haram berkenaan.
Beliau berkata kegiatan sindiket itu dipercayai menyebabkan kerugian lebih RM250 juta hasil cukai kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2024, hanya melibatkan tembakau dan cerut, serta jumlah kerugian keseluruhan dijangka lebih tinggi.
"Kes seperti ini menjadi skop utama kerana ia menjejaskan hasil negara, iaitu wang yang sepatutnya digunakan untuk manfaat rakyat dan pembangunan negara. Justeru, SPRM tidak boleh berkompromi dalam isu rasuah, pengubahan wang haram atau penyeludupan," katanya.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami