awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Sky: Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur - Azam Baki

Khalis Khadir
Khalis Khadir
12/02/2025
15:34 MYT
Op Sky: Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur - Azam Baki
Azam Baki berkata, pihak bank perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai mereka yang menerima rasuah kerana ia merugikan jutaan ringgit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihak bank juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap pegawai mereka yang menerima rasuah kerana meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
“Kerjasama kami dengan pihak bank dijalankan di mana pihak bank ini telah mendedahkan siasatan dalaman.
"Setakat pada Rabu, kita dapat tahu tiga pegawai bank telah direhat atau dilucut jawatan daripada pekerjaan mereka kerana disyaki terlibat dalam kelulusan pinjaman berkenaan yang tidak mengikut prosedur.
“Saya menyeru pihak bank pada masa akan datang untuk lebih serius melihat kepada karenah atau perangai pegawai bank yang tidak bermoral ini,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Sebelum ini, Azam berkata, seramai 18 individu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan.
Beliau tidak menafikan sekurang-kurangnya RM700 juta pinjaman diluluskan dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah serta pengubahan wang haram.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Op Sky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan