awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Sohor: Fahmi tunggu laporan SPRM berhubung penahanan dua wartawan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/08/2025
11:20 MYT
Op Sohor: Fahmi tunggu laporan SPRM berhubung penahanan dua wartawan
Fahmi berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat daripada SPRM dan akan menghubungi suruhanjaya itu untuk mendapatkan kepastian. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi masih menunggu laporan mengenai dua wartawan dalam talian yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama 10 individu menerusi Op Sohor kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Ringkasan AI
  • Kementerian Komunikasi masih menunggu laporan rasmi SPRM berhubung penahanan dua wartawan dalam talian yang disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan melalui Op Sohor.
  • Salah seorang wartawan ditahan kerana disyaki menerima rasuah RM20,000 daripada ejen pekerja asing sebagai balasan untuk tidak menerbitkan artikel pendedahan.
  • Menteri Fahmi Fadzil menegaskan tindakan akan diambil jika kad perakuan media disalah guna, dan menyeru agar siasatan dijalankan secara telus serta mengikut undang-undang.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat daripada SPRM dan akan menghubungi suruhanjaya itu untuk mendapatkan kepastian.
“Sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar syarat berkaitan kad perakuan media, saya akan meminta Jabatan Penerangan mengambil tindakan sewajarnya.
"Tapi waktu ini, kita sedang menunggu laporan dan permakluman rasmi daripada pihak SPRM,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2025 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, di sini, pada Sabtu.
Sebelum itu, Op Sohor yang dijalankan SPRM pada Rabu lalu berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan yang dipercayai didalangi pegawai-pegawai kanan ATM.
Operasi dari Bahagian Perisikan dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS) telah menahan lima pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan Kapten selain lima orang awam berusia lingkungan 30-an sehingga 50-an di sekitar Lembah Klang.
Siasatan lanjut mendapati, dua daripada 10 individu yang ditahan merupakan wartawan agensi media dalam talian.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini berkata, kedua-duanya memilih untuk bersara awal dan mula bekerja sebagai wartawan untuk sebuah syarikat media.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#wartawan ditahan
#kad pengakuan media
#Op Sohor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan