awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI bakal lancar pelayar web dengan integrasi kecerdasan buatan

Amanz
Amanz
10/07/2025
05:00 MYT
OpenAI bakal lancar pelayar web dengan integrasi kecerdasan buatan
OpenAI dijangka melancarkan pelayar web berasaskan AI dalam beberapa minggu akan datang, berasaskan enjin Chromium seperti digunakan oleh Opera dan Microsoft Edge. -Amanz
OPENAI, syarikat di sebalik ChatGPT kini dilapor akan memperkenalkan pelayar web dikuasakan kecerdasan buatan mereka dalam masa terdekat ini.

Ringkasan AI
  • OpenAI dijangka melancarkan pelayar web berasaskan AI dalam beberapa minggu akan datang, berasaskan enjin Chromium seperti digunakan oleh Opera dan Microsoft Edge.
  • Pelayar ini akan membolehkan OpenAI mengakses data pengguna secara langsung dan melaksanakan tugasan pelayaran melalui integrasi agen AI.
  • Jika berjaya menarik ramai pengguna, pelayar ini berpotensi menjadi pesaing utama kepada Google dan mengubah cara pengguna melayari web.

Ia dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu.
Melalui penawaran pelayar web, OpenAI akan menerima akses kepada data pengguna terus, dan menggunakannya dalam terus menambah baik model kecerdasan buatan mereka.
Pelayar web berkenaan juga dijangka akan mengubah bagaimana para pengguna melayari web bergerak ke hadapan, termasuk melaksanakan sejumlah tugasan pelayaran untuk pengguna melalui integrasi agen AI.
Pelayar web yang dibangunkan OpenAI ini dikatakan berasaskan kepada Chromium, enjin pelayar web sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google.
Antara pelayar web yang menggunakan enjin berkenaan adalah termasuk Opera dan juga Microsoft Edge.
ChatGPT sedia mempunyai ratusan juta pengguna, dan sekiranya pelayar web ini menerima angka pengguna tinggi, ia sekali gus akan memposisikannya sebagai pesaing utama untuk Google, dan memberikan kesan kepada pihak Google sendiri. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#pelayar web berasaskan AI
#enjin Chromium
#Microsoft Edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan