GADGETS
OpenAI kemas kini Sora agar tidak lagi jana video langgar harta intelek

Aplikasi Sora menjadi tular kerana keupayaannya menjana video realistik, namun mencetus kontroversi apabila watak berhak cipta digunakan dalam kandungan tidak sesuai. -Foto Amanz
MINGGU lalu, aplikasi Sora menjadi sangat tular keran kemampuannya menjana video yang kelihatan sangat realistik.
Ringkasan AI
- Aplikasi Sora menjadi tular kerana keupayaannya menjana video realistik, namun mencetus kontroversi apabila watak berhak cipta seperti Pikachu dan SpongeBob digunakan dalam kandungan tidak sesuai.
- OpenAI bertindak balas dengan menyekat janaan watak berhak cipta tanpa kebenaran dan merancang struktur perkongsian hasil dengan pemegang IP.
- Pengguna yang melanggar terma boleh diharamkan daripada mengakses Sora dan ChatGPT kerana akaun kedua-duanya disepadukan.
Selepas hanya dua hari, Sam Altman mengumumkan model Sora kini menghalang janaan watak yang mempunyai harta intelek.
Menurut beliau, OpenAI menerima banyak maklum balas daripada pemegang IP dan oleh itu janaan watak bukan milik pemegang akaun kini diharamkan.
Altman turut berkata OpenAI merancang berkongsi pendapatan dengan pemegang IP yang wataknya diijana oleh pengguna.
Bayaran akan dikongsi antara OpenAI dan pemegang IP tetapi struktur pembayaran masih lagi sedang diperhalusi dengan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Pengguna yang melanggar terma dan syarat Sora selepas ini boleh diharamkan terus daripada menggunakan platform.
Kerana akaun Sora adalah sama dengan akaun OpenAI, ia akan menyebabkan pengguna kehilangan akses kepada Sora dan juga ChatGPT. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami