awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI perkenal ChatGPT Agent, bolehkan AI laksana pelbagai tugasan

Amanz
Amanz
19/07/2025
03:40 MYT
OpenAI perkenal ChatGPT Agent, bolehkan AI laksana pelbagai tugasan
OpenAI memperkenalkan ChatGPT Agent, sebuah ciri baharu yang membolehkan AI melaksanakan pelbagai tugasan kompleks berdasarkan arahan pengguna dalam satu tetingkap. -Amanz
OPENAI hari ini memperkenalkan penawaran terbaharu mereka dinamakan ChatGPT Agent.

Ringkasan AI
  • OpenAI memperkenalkan ChatGPT Agent, sebuah ciri baharu yang membolehkan AI melaksanakan pelbagai tugasan kompleks berdasarkan arahan pengguna dalam satu tetingkap.
  • Antara fungsi yang boleh dilakukan termasuk melayari web, menganalisis data, menjana dokumen, menjalankan kod, dan menyunting kandungan secara automatik.
  • ChatGPT Agent kini ditawarkan kepada pengguna ChatGPT Pro dan akan diperluas kepada pengguna ChatGPT Plus, dengan keupayaan multi-tugasan yang mengambil masa sekitar 1530 minit serta sokongan interaktif tambahan.

Melaluinya, ia membolehkan kecerdasan buatan melakukan sejumlah tugasan berasaskan kepada permintaan pengguna, sekali gus memudahkan lagi tugasan pengguna.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ChatGPT Agent adalah termasuk melayari web, menganalisis data, menjana dokumen pembentangan, menjalankan kod, dan sebagainya.
Dengan langkah ini, ia berfungsi sebagai pembantu maya anda yang boleh melakukan sejumlah tugasan, semuanya melalui satu tetingkap yang sama.
Sebagai contoh, anda boleh meminta ia memuat turun suatu dokumen di web dan seterusnya menganalisis dan melakukan pengubahsuaian, sebelum mempersembahkan data yang diperlukan sahaja kepada anda.
Melalui contoh yang diberikan OpenAI juga, ia memperlihatkan ChatGPT Agent boleh melayari web jemputan perkahwinan, menganalisis dan mencadangkan baju yang diperlukan.
ChatGPT Agent disasarkan untuk multi-tugasan dalam melaksanakan sesuatu perkara, dan biasanya mengambil masa sekitar 15 minit ke 30 minit.
Kadang-kala ia turut akan meminta pertanyaan tambahan kepada pengguna sebelum meneruskannya.
ChatGPT Agent ini ditawarkan untuk pengguna ChatGPT Pro terlebih dahulu, dan dijangka diperkenalkan kepada ChatGPT Plus tidak lama lagi. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#OpenAI
#tugasan kompleks
#ChatGPT Agent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan