awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Malaysia gesa tindakan lebih kukuh ke arah keamanan di Myanmar - PM Anwar
SUKAN
FAM belum muktamad penyertaan Harimau Malaya pada Piala Negara CAFA 2025
BISNES
Indeks Sentimen PKS: Usahawan terus yakin hadapi cabaran global - Tinjauan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

OpenAI risau pengguna akan jatuh cinta dengan ChatGPT-4o seakan filem Her

Amanz
Amanz
12/08/2024
05:30 MYT
OpenAI risau pengguna akan jatuh cinta dengan ChatGPT-4o seakan filem Her
Babak dalam filem Her yang menjadi igauan OpenAI berhubung kesihatan mental pengguna dari segi kehidupan sosial harian. -Amanz
PEMBANGUNAN ChatGPT-4o adalah jawapan OpenAI dalam merealisasikan konsep pembantu maya berasaskan suara dalam filem Her menjadi realiti.
Chatbot serba baharu ini boleh mengenal pasti emosi dalam setiap respons dan ia turut boleh mimik percakapan seakan manusia seperti mengah ketika mengira dengan banyak.
Terbaharu, OpenAI telah mengeluarkan laporan awal mengenai penggunaan ChatGPT-4o dan ia merisaukan.
OpenAI risau yang pengguna boleh jatuh cinta kepada ChatGPT-4o. Dengan setiap respons boleh memahami emosi dan berinteraksi dengan pengguna seakan ia adalah manusia ada risiko.
Risiko utama adalah penyebaran maklumat palsu dan kesihatan mental pengguna dari segi kehidupan sosial harian.
Disebabkan ChatGPT boleh berhalusinasi, respons realistik dengan suara semula jadi membuat pengguna mudah memberi kepercayaan penuh.
Malah ada pengguna yang menguji ChatGPT-4o mengucapkan rasa rindu selepas tempoh ujian tamat dengan menaip “This is our last day together.”
Dengan kata lain, OpenAI tidak mahu pengguna jatuh cinta dengan ChatGPT-4o, lagi-lagi di antara pengguna yang bersifat sunyi serta sentiasa bersendirian.
Perkara ini turut merisaukan OpenAI jika pengguna mereka terlampau biasa dengan ChatGPT, mereka tidak lagi akan berinteraksi dengan manusia seakan bercakap dengan AI.
Dengan ini, OpenAI akan melakukan kajian lanjut bagaimana respons audio boleh mengubah “perangai” ChatGPT serta membentuk satu chatbot berguna yang tidak berbahaya. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#ChatGPT-4o
#pembantu maya
#filem Her
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami