GADGETS
OpenAI tawar model GPT percuma dioptimasi untuk komputer riba

OpenAI memperkenalkan GPT-OSS, model AI terbuka yang ditawarkan secara percuma. -Amanz
SELEPAS dijanjikan sekian lama, OpenAI kini hadir dengan model kecerdasan buatan yang ditawarkan percuma, dinamakan GPT-OSS.
Ringkasan AI
- OpenAI memperkenalkan GPT-OSS, model AI terbuka yang ditawarkan secara percuma.
- Dua variasi ditawarkan: satu dengan 120 bilion parameter (setara o4-mini) dan satu lagi dengan 20 bilion parameter (setara o3-mini).
- Model ini fokus kepada teks sahaja, dilatih dengan data berbahasa Inggeris, dan boleh diakses melalui Hugging Face, Ollama, LMStudio serta penyedia awanan seperti Amazon dan Microsoft.
Kedua-dua model penawaran ini adalah kemaskini kepada model terbuka mereka, selepas GPT-2 ditawarkan sekitar lima tahun yang lepas.
OpenAI mengatakan model ini menawarkan prestasi yang baik jikalau dibandingkan dengan model terbuka yang lain.
OpenAI mengatakan mereka melatih model ini kebanyakannya menggunakan set data berbahasa Inggeris, dan ia memfokuskan kepada STEM, pengaturcaraan dan juga pengetahuan am.
Model ini hadir dengan mod teks sahaja, dan bukannya multi-modal seperti penawaran ChatGPT. Model terbuka GPT-OSS ini ditawarkan secara percuma melalui Hugging Face.
Di samping itu, pengguna yang berminat turut boleh menjalankan ia pada komputer melalui program seperti Ollama dan LMStudio.
Beberapa penyedia awanan turut telah menawarkannya termasuk Amazon dan Microsoft. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami