awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi ACD kluster Kampung Hilir bermula hari ini - Dr Annuar

Bernama
Bernama
17/03/2021
21:38 MYT
Operasi ACD kluster Kampung Hilir bermula hari ini - Dr Annuar
DR ANNUAR: Penduduk diminta datang mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelak kesesakan dan berlakunya jangkitan. -Gambar fail
SIBU: Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) COVID-19 secara besar-besaran bagi kluster Kampung Hilir akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Masjid An-Nur di sini bermula hari ini hingga Sabtu.
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata aktiviti tersebut dilakukan secara berperingkat melibatkan 11 penempatan di kawasan itu dan jadual telah diedarkan ke rumah-rumah yang berkenaan.
"Buat permulaan, ujian saringan akan memberi tumpuan kepada penduduk yang tinggal di Kampung Hilir mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari mengikut nombor rumah.
"Penduduk diminta datang mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelak kesesakan dan berlakunya jangkitan," katanya menerusi laman Facebooknya.
Sumber Facebook annuarrapaee
Beliau berkata pada Jumaat pula, ujian saringan bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan Kampung Datuk Lama, Jalan Masjid, Kampung Pak Dris, Jalan Alu-Alu, Sungai Bakong dan Kampung Baharu.
Menurut Dr Annuar, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah memberi kebenaran ujian saringan itu dilanjutkan sehingga Sabtu melibatkan penduduk di Lorong Nanas, Lorong Lang, Lorong Isau dan Lorong Bangau.
Katanya, penduduk di kampung-kampung terlibat diminta menjalani ujian tersebut, sementara waris kepada warga emas yang terlantar sakit pula boleh mengemukakan nama warga emas berkenaan kepada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung untuk ujian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif
#ACD
#Kampung Hilir
#masjid an-nur
#Annuar Rapaee
#Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak
#Sibu
#ujian saringan
#COVID-19
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan