Operasi mencari dan menyelamat pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Kuala Berang, Hulu Terengganu masuk hari ketiga dengan pertambahan kekuatan pasukan mencari dan menyelamat seramai 143 orang termasuk daripada pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Komisioner Rosli Mohd Amir memaklumkan kawasan pencarian juga diperluas bagi menjejaki Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun.
“Jumlah keseluruhan 143 orang, dengan bantuan dua ekor anjing, Setakat ini, pencarian sepanjang sungai dilakukan unit tentera, manakala yang lainnya membuat pencarian mengikut trek sedia ada,
“Keseluruhan tumpuan pencarian adalah di sepanjang sungai dan trek. Kita perluaskan skop pencarian sehingga 2 km sekeliling tempat yang disyaki mangsa berada,” Rosli berkata.
Tambahnya, operasi diteruskan sehingga jam 7 malam dan sekiranya mangsa masih gagal dikesan, operasi akan bersambung pada Selasa.
Bapa pelajar tersebut, Azman Othman, yang sepatutnya menjemput Ahmad Rafikin pada jam 3 petang Sabtu, membuat laporan polis selepas anaknya tidak muncul apabila tamat acara maraton Gunung Gajah Terom.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu ditutup sementara kepada orang ramai semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.
Rosli berkata kawasan Sekayu ditutup kepada awam petang tadi kerana kehadiran orang ramai yang 'cuba membantu' sebenarnya mengganggu kawasan pencarian itu.
"Kita terpaksa menutup seketika kawasan ini bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku terhadap keselamatan pengunjung yang cuba membantu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Selain itu, cuaca gelap dan hujan lebat membahayakan keselamatan pengunjung yang bermandi manda ataupun berkelah di kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.
Pusat peranginan itu akan dibuka seperti biasa selepas Ahmad Rafikin ditemui pihak penyelamat.
Dalam pada itu, Rosli berkata operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu masih menemui jalan buntu.
"Sehingga petang tadi, tiada petunjuk ditemui walaupun kawasan pencarian diperluaskan dan penambahan 143 anggota penyelamat dari pelbagai agensi," katanya.
Beliau meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran melalui media sosial seperti Whatsapp dan Facebook mengenai kejadian itu kerana ia mengelirukan orang ramai dan mengganggu emosi anggota keluarga mangsa.
Astro Awani
Mon Nov 03 2014
Operasi diteruskan sehingga jam 7 malam dan sekiranya mangsa masih gagal dikesan, operasi akan bersambung pada Selasa.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Punca kematian pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu akibat lemas - Polis
Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.
Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan
Jenazah pelajar Tingkatan Empat, Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun selamat dikebumikan kira kira jam 1.30 pagi tadi.
Pelajar hilang ketika maraton ditemui mati
Ahmad Rafikin Azman, 16 ditemui anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.
Operasi cari pelajar hilang ketika maraton diperhebat
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Komisioner Rosli Mohd Amir memaklumkan kawasan pencarian juga diperluas bagi menjejaki Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun.
Pelajar Tingkatan Empat hilang selepas menyertai acara maraton
Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini petang semalam, kata polis.